Thursday, 29 August 2013

Wednesday, 28 August 2013

ALLAH BAYAR CASH

ALLAH BAYAR CASH !! 

Saja nak kongsi kisah pagi tadi yg terjadi kat diri sendiri. Ramai yg tahu saya dan famili baru berpindah ke kawasan kampung. Impian mmg nak duduk kampung tercapai bila terjumpa rumah sewa yang diidamkan sementara menuggu rumah sendiri siap. Tuan rumah berusia 84 tahun dan duduk sebelah rumah saja. Alhamdulillah kini duduk dalam sebulan.

Pagi tadi masa tgh bersiap nak ke opis ternampak bill elektrik tergantung dalam bilik. Terfikir kenapa mahal plak bill letrik kat rumah baru ni. Bila di teliti rupanya ada tunggakan sejak saya belum duduk dirumah tu. Tapi mengenangkan kesian pula pada pakcik yg dah umur 84 tahun tu terus saya terdetik nak tlg bayarkan saja diam-diam.

Keluar dari pintu rumah ternampak pakcik tuan rumah tu depan rumah dia. Teringat pula duit sewa tak bayar lagi untuk bulan September, terus tegur dia dan hulurkan beberapa keping wang kertas ckp nak bayar sewa.

Sambil bersembang tetiba pakcik tu hulur balik sekeping wang kertas sambil kata "Nah amikla, pakcik sedekah". Saya dah mula hairan sambil menolak pemberian dia. Tapi dia beriya nak jugak bagi sambil ckp "anggap saja ni duit raya" sambil dok hulur duit tu yang nilainya lebih tinggi dari tunggakan yang patut saya bayar. Tak ank kecilkan hati saya terima saja

Terus dalam hati teringat satu cerita yang pernah diceritakan di FB. dan terus terdetik di hati "ALLAH BAYAR CASH". Baru kita niat nak buat kebaikan, Allah dah bayar balik niat kita tu .... CASH !!

*** Bukan cerita menderma tu yg nak saya highlight kan, cuma kebesaran Allah yang maha pemurah kepada hambanya 



SUMBER : FACEBOOK

KENTUT

Jangan senyum bila baca ini! Serius ini! Jangan ketawakan orang yang kentut....Anda tak pernah kentut ke?
... LARANGAN MENTERTAWAKAN KENTUT ...

Agama Islam begitu sempurna, hal-hal kehidupan dan sikap tindak tanduk kita dlm bersosialisasi sdh diatur sedemikian rupa, sedemikian jelas, sedemikian terinci. Tidak ada agama selaim Islam mengatur hal tsb sedemikian terinci selain Islam.

عَنْ سَلْمَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ لَنَا الْمُشْرِكُوْنَ: قَدْ عَلَّمَكُمْ نَبِيُّكُمْ كُلَّ شَيْئٍ حَتَّى الْخِرَاءَةَ! فَقَالَ: أَجَلْ!

Dari Salman Radhiyallahu anhu, beliau berkata, “Orang-orang musyrik telah bertanya kepada kami, ‘Sesungguhnya Nabi kalian sudah mengajarkan kalian segala sesuatu sampai (diajarkan pula adab) buang air besar!’ Maka, Salman Radhiyallahu anhu menjawab, ‘Ya!’”[5]

Begitu pula tentang, kentut...Sering di antara kita ketika berkumpul dengan teman sejawat lalu tiba-tiba suara kentut terdengar di antara kita hingga kitapun tertawa terbahak-bahak mengejek teman kita yang mengeluarkan kentut itu.

Ternyata hal ini juga pernah terjadi pada diri para sahabat radliyallohu 'anhu. Diriwayatkan dalam sebuah hadits shahih :

Dari Abdullah bin Zam’ah radhiyallaahu 'anhu bahwasanya Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam menyampaikan khutbah: Lalu Beliau memberi nasehat terhadap tertawa mereka di saat mendengar suara kentut dimana Beliau bersabda: "Kenapa salah seorang di antara kalian mentertawakan kentut yang sebenarnya kalian juga biasa mengalaminya." [Muttafaq alaih].

Syaikh Muhammad Shalih Utsaimin rahimahullaahu mengomentari hadits ini dengan mengatakan: "Ini merupakan isyarat bahwa tidak sepantasnya bagi manusia untuk mencela orang lain dengan sesuatu yang kita juga biasa
mengalaminya. Jika engkau tidak mencela kentut anda demikian juga andapun tidak perlu mempermasalahkan kentut orang lain."

Maroji’: Syarh riyadhush sholihin, Syaikh
Muhammad Sholih Utsaimin 1/657

Catatan:
Di hadits ini menerangkan bgmn CARA BERSIKAP JIKA ADA ORANG yang kentut, bukan pada aturan sikap BAGAIMANA HARUSNYA KENTUT.

SUKA dengan TULISAN di atas ? TULISKAN KOMENTARmu Sahabat!! SILAHKAN DISHARE ke sahabat2 lainnya dengan menekan tombol "share/Bagikan

sumber : facebook dr.azizan

TOILET VS SYURGA

Suatu hari seorang tua ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelak itu, air mata orang tua itu pun bercucuran keluar dari matanya.

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Orang tua itu pun menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?"  #39 

Allahuakbar!!!

sumber : facebook

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN/SYAITAN

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITANI

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL
HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali
Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah
segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah
diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.


SUMBER : FACEBOOK

Tuesday, 27 August 2013

INGIN BERJAYA??...

Siapa yang ingin berjaya, dia perlu ada kekuatan dalaman yang sangat tinggi! Bukan hanya kuat bila di tolak!..Bukan hanya bersemangat bila membaca kata-kata motivasi je..

Tapi macamana nak kuat?..

Betul, tak semua orang terus kuat, atau dilahirkan terus kuat..Kekuatan itu boleh dibentuk..Tapi dia perlu melalui beberapa proses untuk kuat..

1.Pengalaman sendiri (merasa jatuh bangun bisnes )
2.Cari ilmu untuk kuat (pegi kelas)
3.Baca buku
4.Berkawan dengan orang yang positif.

Tips tambahan untuk yang belum kahwin:

5.Cari pasangan yang positif (senang sikit kann...tak payah susah-susah nak pujuk ajak masuk kelas..hehe )

Salam kekuatan♥


SUMBER : FACEBOOK

Monday, 26 August 2013

JANGAN...

Sejak kecil lagi kita sudah diberikan perkataan negatif oleh ibubapa dan saudara-mara kita.

Contohnya, 'jangan gagal dalam peperiksaan...', 'jangan buat bisnes, nanti rugi', 'jangan keluar malam, ada hantu.' dan pelbagai lagi.

Secara psikologi, input-input negatif yang masuk ke minda seseorang akan ditafsir sebagai maklumat yang benar oleh minda.

Kerana itu jugalah ramai diantara kita yang masih dalam keadaan negatif apabila sudah dewasa.

Kita akan berasa takut untuk keluar malam kerana kononnya ada hantu. Kita akan takut berbisnes kerana takut rugi. Kita takut buat silap atau gagal kerana takut dimarahi.

Untuk mengelakkan memberi input negatif kepada anak-anak, kita harus menukarkan perkataan negatif kepada perkataan yang lebih positif.

Misalnya, 'Alya bijak, ayah percaya Alya akan berjaya dalam peperiksaan nanti supaya dapat ke universiti'.

Kurangkan penggunaan perkataan 'jangan' dan kurangkan juga memarahi anak.

Wallahu'alam...


sumber : facebook