Sejak kecil lagi kita sudah diberikan perkataan negatif oleh ibubapa dan saudara-mara kita.
Contohnya, 'jangan gagal dalam peperiksaan...', 'jangan buat bisnes, nanti rugi', 'jangan keluar malam, ada hantu.' dan pelbagai lagi.
Secara psikologi, input-input negatif yang masuk ke minda seseorang akan ditafsir sebagai maklumat yang benar oleh minda.
Kerana itu jugalah ramai diantara kita yang masih dalam keadaan negatif apabila sudah dewasa.
Kita akan berasa takut untuk keluar malam kerana kononnya ada hantu. Kita akan takut berbisnes kerana takut rugi. Kita takut buat silap atau gagal kerana takut dimarahi.
Untuk mengelakkan memberi input negatif kepada anak-anak, kita harus menukarkan perkataan negatif kepada perkataan yang lebih positif.
Misalnya, 'Alya bijak, ayah percaya Alya akan berjaya dalam peperiksaan nanti supaya dapat ke universiti'.
Kurangkan penggunaan perkataan 'jangan' dan kurangkan juga memarahi anak.
Wallahu'alam...
sumber : facebook
No comments:
Post a Comment