Monday, 9 September 2013

ILMU INTENSIF JUTAWAN INDUSTRI (NOV 2012)

ILMU INTENSIF JUTAWAN INDUSTRI (NOV 2012)
Semalam kami ke Seminar Jutawan Industri di Wisma MCA. Dr.Azizan meminta kami kongsikan apa yang kami dapat selepas menghadiri IJI November 2012. Sebenarnya banyak yang kami dapat dan kami faham,selain daripada yang tangible (figure kenaikan sales), insyaallah banyak lagi yang ingin saya kongsi dengan anda okay...

1. Memahami kepentingan 'branding' dan 'positioning'

Untuk menjadi industry leader, yang kami faham, kita perlu kuatkan branding kita. Yang saya faham tentang 'branding' ni adalah berkenaan dengan people's TRUST. Kita kena pastikan yang pelanggan kita trust dengan brand kita..Dari segi kualiti, dari segi nilai yang ada dalam produk kita..It's all about TRUST...

Bila semakin ramai pelanggan yang dah percayakan (trust) dengan produk kita, mereka sukakan produk kita, mereka akan sukakan bisnes kita. Dari situlah kita sebenarnya sedang membina POSITIONING bisnes kita.Bila kita dah berjaya position kan produk kita, bermakna kita akan dilihat sebagai JUTAWAN INDUSTRI.

Banyak yang kami dapat sebenarnya kalau kita berjaya membina positioning. Contohnya baru-baru ni kami membuat pinjaman perumahan dengan sebuah bank terkemuka. Yang best sekali, officer yang datang dah kenal dengan Anis Chocolate ini, dan paling penting katanya bank 'confident' dengan syarikat.Jadi insyaallah tak ada masalah nak buat loan lagi!.. Pentingkan branding dan positioning?..

2. Memahami medium untuk bina dan cipta POSIITIONING

Untuk kita positionkan bisnes kita atau menjadi industry leader, pertama sekali kita perlu tahu bagaimana kita nak mencapai tahap tersebut. 

Jadi, buat masa sekarang ni..antara medium yang paling efektif untuk digunakan ialah melalui Facebook dan Facebook Page. Kami faham betapa kita perlu 'grab' sebanyak-banyak audience yang ada di kalangan 13juta orang penduduk Facebook yang sangat aktif di Malaysia. 

Selain daripada Facebook, kita boleh juga gunakan beberapa medium lain seperti Blog,Twitter, Google Plus,Instagram Kalau nak tahu dengan lanjut boleh lah ke Seminar/Intensif Jutawan Industri 

3.Ilmu tentang EMOSI

Dari kelas ini, kami sangat-sangat faham tentang kepentingan EMOSI dalam membina positioning bisnes kami. Semuanya bermula dengan pengisian tentang 'MY STORY' yang sangat ditekankan oleh Dr.Azizan ...Bermakna, dengan storytelling marketing ini, seseorang jutawan Industri itu dapat 'menangkap' emosi pelanggannya. Kami tak belajar 'content' facebook page itu secara direct, tapi dari kelas ini kami faham yang semuanya bermula dengan EMOSI.

4.Ilmu untuk menambah nilai hidup lebih ramai orang

Apa yang saya faham di sini ialah, untuk menjadi Jutawan Industri kita perlu serve komuniti kita dengan menggunakan kepakaran, pengalaman, ilmu, kegagalan, kejayaan dan segala maklumat untuk tambah nilai hidup orang lain.

Ilmu ini sebenarnya telah berjaya menambah keyakinan diri kami untuk berkongsi pengalaman dengan komuniti kami. Dari kesedaran inilah, kami telah memulakan perkongsian pengalaman kami di Page Anis Choc Moist Cake. Bermula Mac 2013 kami serius dalam menulis perkongsian.Dan bila semua ilmu IJI ini kami 'blend', maka kami telah berjaya meningkatkan LIKES di Facebook Page Anis Choc Moist Cake dari 100 LIKES menjadi 15,000 LIKES (tanpa FB Ads) dalam masa 6 bulan.

Dan melalui LIKES ini, kami percaya ianya telah dan sedang membina branding dan positioning bisnes kami.Siapa yang tak ada Facebook Page lagi, rugilahh!..

Best kan ilmu ni?..Terima Kasih kepada Dr. Azizan Osman dan Richworks dan anda semua yang dikasihi Allah. Semoga kita semua dapat bertindak segera sebelum semuanya menjadi terlambat!..

MAN JADDA, WA JADDA...
(Siapa yang berusaha, dialah yang dapat!)

Thursday, 5 September 2013

5 KATEGORI

Jika anda perhatikan, anda 5 kategori manusia kat luar sana. Anda pilihlah anda suka jadi yang mana.

1- Mereka yang ada problem atau masalah tapi tidak TAHU bagaimana nak selesaikan. Mereka hidup dengan problem tu dengan rungutan/ komplen. Tidak ada ilmu atau tidak cari ilmu. Yang teruk sikit ialah yang rasa dah tahu semua benda tapi sebenarnya tak tahu pun dan terus ada masalah, komplen tapi tak selesaikan. Anda akan nampak hidup mereka biasanya "biasa-biasa" atau dibawah tahap "biasa-biasa".

2- Mereka yang ada problem, tapi sibuk selesaikan problem orang tapi tak selesai pun, ini namanya Kay-Poh. Semua hal orang yang dia sendiri pun tak tahu macamana nak selesai tapi suka ambil tahu dan tambah masalah.

3- Mereka yang ada problem dan suka create more problem dan biar orang lain "cuci" dan dia cuci kaki tangan lepas tu konon bukan masalah dia. Ini namanya tidak bertanggungjawab. Lagi teruk kalau dia tuding jari salahkan orang lain.... Padahal dia yang kentut. Bila orang lain kentut, heboh dia sedunia siap keluar youtube buat pengumuman kentut orang lain.

4- Yang ini teruk juga, dia ada banyak problem tapi dia rasa dia tak ada problem dan tak nak mengaku ada problem. Dan problem orang lain pun dia tak nak tahu langsung. Asyik kata No Problem. Mentor saya ajar, Orang yang banyak kata No Problem, sebenarnya ada banyak problem, cuma dia cuba menutupnya.

5- Yang bijak, ialah orang yang setiap hari sentiasa check apa problem yang ada dan being Resourceful menjadi Problem Solver. Ini sikap seorang Leader. Dia tidak lari dari masalah tapi selesaikan. Dia cari punca masalah dan selesaikan dipuncanya. Jika dia boleh delegate, dia akan delegate beri orang lain yang boleh selesaikan untuk selesaikannya. Dia akan cari jalan penyelesaian dan jika dia berniaga, dia gunakan diri dia, produk atau perkhidmatan dia sebagai penyelesai kepada masalah orang. Lagi banyak masalah dia boleh bantu selesaikan di dalam bidang industri dia, maka lebih mudah dia bina jenama dia, perniagaan dia dan kekayaan serta kejayaan senang hadir dalam hidup dia. Itu sikap mereka yang berjaya dan terus berjaya.

=DrAzizanOsman=

3 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf

3 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf

Abdul Rahman bin Auf adalah merupakan salah seorang sahabat nabi yang dijanjikan syurga. Beliau juga adalah merupakan salah seorang saudagar yang paling kaya ketika di zaman nabi.

Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: 

"Apakah strategi perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?"

Jawabnya:

1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit...

2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta...

3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran...

Apa yang boleh dihuraikan dari nasihat beliau ini ialah:

1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Kadangkala, ada di kalangan pelanggan kita yang ingin membeli produk kita dengan kuantiti atau harga yang sedikit. Jangan sesekali mengabaikan mereka. Layanlah mereka sebaik mungkin sepertimana kita melayan pelanggan yang membeli "banyak" dari kita. Insyallah, bermula dari pembelian yang sedikit dari pelanggan tersebut, apabila dia menerima layanan yang terbaik, pelanggan itu akan datang semula dan membeli lagi berulang-ulang kali. Lebih menakjubkan lagi, si pelanggan tadi, mungkin akan menjadi si tukang promosi bagi perniagaan kita apabila dia merekemenkan kita kepada rakan-rakannya yang lain.

2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.

3. Penjualan hanya secara tunai..
Sememangnya itulah yang terbaik apabila kita menjual produk kita kepada pelanggan. Elakkan menjual secara hutang. Menjual produk secara hutang sebenarnya boleh menimbulkan pelbagai risiko yang akhirnya akan mengugat perjalanan perniagaan kita.


sumber: facebook

HENTI PERSOALKAN

BERHENTI PERSOALKAN....

'kenapa aku buat baik tapi orang anggap aku jahat???
'kenapa orang suka sakitkan hati aku???
'kenapa tak ada orang yang faham hati aku???
'kenapa lah orang masih buat dosa walau dah tahu hukum???

TETAPI PERSOALANKAN...
'kenapa aku masih tak boleh ikhlas dalam buat baik???
'kenapa hati aku rapuh dengan kata-kata manusia???
'kenapa aku masih tak boleh faham orang dengan baik???
kenapa aku masih anggap diri aku lebih baik dari orang lain???

BERHENTI persoalkan KENAPA pada ORANG LAIN...
DAN....
SELALU persoalkan KENAPA pada DIRI SENDIRI...

pasti diri kan jumpa jawapan yang dicari
dan bertambah akrab hubungan dengan ILAHI
insyaALLAH...
ALLAHURABBBI..


SUMBER : FACEBOOK

Wednesday, 4 September 2013

TIPS SUKSES

Tips4Sukses: [Tak payah tension, hidup nak kaya berjaya memang kena jadi Penyelesai Masalah bukan menjadi Punca Masalah]

Jika anda perhatikan, anda 5 kategori manusia kat luar sana. Anda pilihlah anda suka jadi yang mana.

1- Mereka yang ada problem atau masalah tapi tidak TAHU bagaimana nak selesaikan. Mereka hidup dengan problem tu dengan rungutan/ komplen. Tidak ada ilmu atau tidak cari ilmu. Yang teruk sikit ialah yang rasa dah tahu semua benda tapi sebenarnya tak tahu pun dan terus ada masalah, komplen tapi tak selesaikan. Anda akan nampak hidup mereka biasanya "biasa-biasa" atau dibawah tahap "biasa-biasa".

2- Mereka yang ada problem, tapi sibuk selesaikan problem orang tapi tak selesai pun, ini namanya Kay-Poh. Semua hal orang yang dia sendiri pun tak tahu macamana nak selesai tapi suka ambil tahu dan tambah masalah. 

3- Mereka yang ada problem dan suka create more problem dan biar orang lain "cuci" dan dia cuci kaki tangan lepas tu konon bukan masalah dia. Ini namanya tidak bertanggungjawab. Lagi teruk kalau dia tuding jari salahkan orang lain.... Padahal dia yang kentut. Bila orang lain kentut, heboh dia sedunia siap keluar youtube buat pengumuman kentut orang lain.

4- Yang ini teruk juga, dia ada banyak problem tapi dia rasa dia tak ada problem dan tak nak mengaku ada problem. Dan problem orang lain pun dia tak nak tahu langsung. Asyik kata No Problem. Mentor saya ajar, Orang yang banyak kata No Problem, sebenarnya ada banyak problem, cuma dia cuba menutupnya. 

5- Yang bijak, ialah orang yang setiap hari sentiasa check apa problem yang ada dan being Resourceful menjadi Problem Solver. Ini sikap seorang Leader. Dia tidak lari dari masalah tapi selesaikan. Dia cari punca masalah dan selesaikan dipuncanya. Jika dia boleh delegate, dia akan delegate beri orang lain yang boleh selesaikan untuk selesaikannya. Dia akan cari jalan penyelesaian dan jika dia berniaga, dia gunakan diri dia, produk atau perkhidmatan dia sebagai penyelesai kepada masalah orang. Lagi banyak masalah dia boleh bantu selesaikan di dalam bidang industri dia, maka lebih mudah dia bina jenama dia, perniagaan dia dan kekayaan serta kejayaan senang hadir dalam hidup dia. Itu sikap mereka yang berjaya dan terus berjaya.

SUMBER: FACEBOOK

KESILAPAN KITA

KESILAPAN KAMI

JANGAN TIRU MACAM KAMI....Banyak kesilapan yang pernah kami lakukan sepanjang menjalankan bisnes ini dan ada kesilapan yang baru dilakukan, kesilapan-kesilapan yang TAK BOLEH ditiru jika anda semua nak cepat menuju puncak..

1. TAK CARI ILMU
Selama 4 tahun berniaga kek dari rumah (2006-2010),kami tidak keluar mencari ilmu. Ingat pandai la sangat..Ingat tak perlu ilmu-ilmu berniaga ni..dulu kan dah pernah buat bisnes MLM, ingat dah terror la tu..Betul-betul tak pernah rasa ilmu penting untuk memulakan perniagaan. Tambah lagi, bila dengar tentang Program-program Dr Azizan Osman, ingat motivasi biasa..dulu pernah juga ke seminar motivasi, dari zaman sekolah sampai ke zaman universiti, tapi..selalunya motivated sekejap, bila balik tu..kembali ke asal.,menjadi insan yang biasa, sama seperti orang lain..

2.TAKUT
Dulu,semua benda takut..takut nak keluar dari rumah..buat je bisnes kat rumah..Takut boleh ke bayar sewa kedai? bil elektrik?bayar gaji pekerja?..Takut tak dapat pekerja..Ada ke orang yang nak bekerja dengan kami?Takutt..takutt..takutt...Semua perkara nak takut..

Sekarang,bila dah ada ilmu...hilang ketakutan..Tapi ilmu apa yang dipakai? Bukan pakai-pakai..ilmu tu hanyalah ilmu untuk ubah cara pemikiran, ilmu untuk kuatkan mental..ilmu untuk mendekatkan diri dengan Allah Maha Pencipta..ilmu untuk berasa yakin seyakinnya Allah Maha Pemberi Rezeki...Belajar ilmu-ilmu tu dulu..insyaallah..hati akan rasa lebih tenang, lebih bahagia..hilang rasa takut, yang kita takut hanya pada Dia...itupun kalau kita buat salah, buat dosa..kalau tak buat salah, tak buat dosa..Dia akan menyayangi kita..Allah Maha Penyayang...

2.EGO-BURUK SANGKA
Dah la ego, rasa pandai la sangat..berbelas tahun terlibat atau bekerja dalam bidang Human Resource, terasa siapa pulak yang nak mengajar aku?..Selalu trainer yang buat training kepada staff di tempat kerja saya, ada slide..cerita berdasarkan slide itu...semuanya teori semata-mata...Jadi, ingatkan sama lah si Dr.Azizan Osman ni..Cakap je pandai...nanti mesti ada agenda dia nak ambik duit kita lagi...Ha ha..punya la biawak dolu-dolu..Buruk sangka teruk sangat, ingat kita je pandai dalam dunia ni, orang lain semua ada agenda jahat masing-masing...ish..ish..ish....Kalau dari dulu bersangka baik dengan orang, mesti dah lama kaya...

3.KEJAR DUIT
Dulu, sebab tak belajar kann....pastu dah la tak pernah ada ilmu dan pengalaman..bukannya datang dari business family pun..Ingat sama lah, bila buat bisnes ni..cari untung lah..apa lagi? Takkan bisnes nak buat kebajikan pulak? 4 tahun dari satu kedai ke satu kedai...mencari market.Marketing tak pernah buat, tapi bila ingat-ingat dulu bukan ke grad dalam bidang Business? Dah belajar semua pasal marketing..nape tak apply? Laaa kan, tak perasan pulak pernah belajar marketing..4 tahun tu belajar..Bila keluar universiti, jadi sama jugak macam orang tak pernah masuk U..baik dari awal tak payah masuk U..hehe..

Sekarang,mentor ajar..kena sharing, add value to other people's life..Pelik jugak mula-mula pikir..cana lah bisnes kek ni nak add value?nak sharing?..heheh...tapi bila muhasabah diri...masuk dalam gua kejap..baru dapat idea, buat sistem dealer!..Cari dealer banyak-banyak, buat package yang kita boleh kongsi rezeki Allah ni dengan orang lain..Itu lah yang paling tak boleh lupa kata-kata cik Polis Khairil namanya..kata Khairil, abang akak...dengan duit bisnes kek ni lah saya dapat bayar duit kereta saya, duit rumah saya..gaji tak sentuh pun..

Dulu dia datang ambik kek dengan motor, tak sanggup saya nak tengok,rasa hiba sangat..betul kah aku ni membantu mereka? Atau aku menyusahkan mereka? Terpaksa bawa,isterinya peluk kuat-kuat kotak kek tu..takut jatuh..sedih tengok, sebab dulu-dulu pun kita suami isteri naik motor jugak..tapi semangat tak lah macam diorang ni...Sekarang, dah pakai kereta..datang pun berseri-seri..senyumm je..Alhamdulillah...

4.TAK BUAT MARKETING
Dulu langsung tak buat, jual la dari sorang ke sorang, dari kedai ke kedai..4 tahun buat benda yang sama,kejar duit..sampai berjanggut jugak lah..Kalau sekarang, mentor kata terhegeh-hegeh slow giler..3 tahun dah patut jadi JUTAWAN kata mentor. Dulu kata, merepek la..takkan cepat macam tu?..Kejar duit sampai penat termengah-mengah..setiap hari keletihan, keluarga terbengkalai..mana taknya, gila mengejar duit...mestilah penat...Sekarang, mentor ajar jangan kejar duit, biar duit mengejar kita..belajar menjadi money magnet, rasa melekat-lekat duit kat badan..Kalau tau dari dulu, alangkah bahagianyaaaa....

5.BURUK SANGKA LAGI...
Dulu mula-mula nak ambik pekerja, suka buruk sangka kat orang..pelik betul perangai dulu-dulu ni..Ada yang datang interview,alamakkk...panjangnya kuku dia..macamana nak buat tart ni? Masa tu nak ambik pekerja untuk tart..Tapi disebabkan aura negatif banyak sangat dulu tu...susah nak lekat dapat pekerja..buruk sangka banyak sangat..jadi yang kuku panjang tu ambik jugak lah..Tapi rupanya, bila diminta potong kuku, dia menurut...rupanya bila start buat kerja, mak oiii....lajunya buat tart, tak payah buat mesin kalau ada Ipat ni..(nama dia Ipat). Memang tak payah buat mesin, sebab dia memang jenis yang kurang bercakap, buat ja kerja...speed dia buat tart tu memang orang lain tak boleh lawan lah..hehe...Lepas tu, terus belajar pasal baik sangka..alhamdulillah, dah senang lekat dapat pekerja-pekerja idaman semua orang seperti mana yang ada sekarang ni...Alhamdulillah...

6.SEMUA BUAT SENDIRI
Dulu, semua kerja nak buat sendiri..kita lah buat marketing,kita lah beli barang, kita lah buat akaun..kitalah jaga pekerja..kita lah jaga customer..(Tapi tak lah sampai tahap kitalah kena jadi cashier,sebab tak percaya kat pekerja..kesian tengok sesetengah tokey yang kena jadi cashier sebab takut pekerja curi duit?...hehe...).

Tak reti nak leverage ni..rasa tak puas hati lah..rasa takut pekerja buat salah lah..Sama saja, kami pun sama seperti anda..Tapi, bila dapat elmu secara mendalam..fahami betul-betul...Minta pada Allah idea-idea untuk menguruskan semua ni..Insyaallah, everything settled!..Semuanya leverage je, barulah boleh jadi business owner..bukannya bekerja sendiri, semuanya sendiri buat..lagi tak best, ada orang..production pun buat sendiri, ye lah..takut resepi orang lain tahu..nanti dia balik kampung dia buat bisnes pula? hehe...Allah ada tulis ke bisnes ni untuk yang bernama kita saja yang punya?..Ada ke Allah kata 1 bisnes untuk 1 makhluknya? Bukankah Dia sediakan bumi yang luas..sumber alam yang banyak...takkan nak monopoli sorang-sorang?..

7.START AS ENTERPRISE
Dulu, ingat bisnes kecik-kecik..tak kan terus nak register Sdn Bhd kot?..Malu lah, nanti orang kata wow besarnya bisnes sebab Sdn Bhd? Malu la...rasa macam perli pulak..So teruslah bertahun-tahun tak tukar ke Sdn Bhd..Dulu ingat banyak kerja sangat nak buat kalau nak register Sdn Bhd..rupanya bila dah ada ilmu, senangnya...upah la sorang akauntan untuk buat semua ni..bagi je kerja kat mereka yang pakar..mudah sangat..

Rupanya, bila belajar dengan Jerry di Richworks,oohh...penting sangat register as Sdn Bhd ni..Ini lebih kepada finance management.Senang kalau Sdn Bhd ni,mudah untuk buat loan dengan bank dan sebagainya...Banyak sangat keperluan dan kelebihannya..itu kena tanya pakar lah kan..

Banyak lagi kesilapan kami sebenarnya..tapi rasa-rasanya itu lah yang major..Diharap sama-sama boleh belajar sesuatu dari mistakes yang kami lakukan.Paling penting cukupkan ilmu di dada..ubah cara pemikiran..insyaallah YOUR DREAMS WILL COME TRUE!..

Jangan Tiru Macam Kami!

ALLAH MAHA BERKUASA DI ATAS SEGALA-GALANYA

SUMBER : FACEBOOK

Monday, 2 September 2013

HARGA MINYAK NAIK 03.09.2013...TAPI....

Lagi tentang minyak...

Malaysiakini.com 
Terkini! Penurunan Harga Minyak.
Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua stesen minyak yang terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Negeri negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Kelantan dan juga Selangor.
Perkara ini disahkan oleh setiausaha Pakatan Rakyat negeri selangor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam sebentar tadi.
Majlis Presiden dalam Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.
Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran negeri Pakatan Rakyat.

Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga, 1.Minyak Angin 2.Minyak Senyonyong 3.Minyak Gamat 4.Minyak Dagu 5.Minyak Pengasih. 6.Minyak Yuyi Cap Limau

copypaste